Sejarah mereka telah digelapkan
Jika anda
melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of
Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika
Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun
1787.
Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi
perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam
menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee
pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan
menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki
memakai turban (serban).
Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat
Cara
berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku
cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee
beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.
Gambaran pemakaian serban siku Cherokee
Bercakap tentang suku Cherokee,
Sequoyah
adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah
orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali
Syllabary suku mereka pada 1821.
Syllabary
adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z,
maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri juga.
Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres
Yang menariknya
adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip
dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad
ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip
dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.
Nama-nama
suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku
Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku
Anasazi,
Apache,
Arawak,
Makah,
Hohokam,
Hupa,
Hopi,
Mahigan,
Mohawk,
Nazca,
Zulu, dan
Zuni.
Suku Makah yang menutup aurat
Gadis Zuni, 1903
Selain
itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas
orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami,
Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi.
Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.
Secara
umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang
menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh
panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang
diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.
Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "
In
the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of
prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".
Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.
Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke
Sejarah
hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang.
Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih
jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan
jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas
dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih
dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah
Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan
Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.
Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin
Para ahli
geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan
perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al
Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab
Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn
Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli
sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn
Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di
Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam
bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold
and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa
pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912),
Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun
889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan
disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa
pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak
pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al
Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan
sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef
Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman
III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang
Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di
Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan
Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan
membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu
asing pada masa dulu.
Beliau juga menulis menurut
catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa
pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar
dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh
pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di
Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh mengunjungi Raja
Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga
melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh
kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Pelayaran melintasi
Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh
Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari
Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef
(1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di
pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh,
catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para
saintis Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di
Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan
pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas
Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi
geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini
dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat
keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak
dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.
Lokasi Timbuktu
Sultan
yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah
Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa
(1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan
Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan
Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan
menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi
ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika
dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513,
dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar
Kisah Columbus Menemui Benua Amerika
Berbalik
kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang
Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam
telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang
dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan
Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan
memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga
dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga
mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan
Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit
dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid
telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi
bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta
yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh
Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim
iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua
adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan
Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher
Columbus, New York 1950]
Martin Alonso Pinzon
Vicente Yanex Pinzon
Kenapa
hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika?
Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak
300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang
Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan
benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada
kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus
ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan
legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak
menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini
disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.
Fakta-fakta
diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang
penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi
yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah
menjejakkan kaki di benua Amerika.
Laksamana Zheng He (Cheng Ho)
Tahukah anda?
sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana
Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang
menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70
tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika,
Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.
Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418
Para
peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di
London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang
mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin
Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya
terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.
Pada
seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari
pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama
bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi
kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah
orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.
Menurut
Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu
sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti
sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus
memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar
benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan
kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno,
bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden
seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti
yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta
mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana
Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil
waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He
berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika
Selatan.
Perbandingan armada Zheng He dan Colombus
Selama
ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah
ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota
yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371.
Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti
Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama
Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah
mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah
seorang Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu
wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud
sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan
tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu
dia masih berusia 11 tahun.
Beberapa tahun selepas itu,
Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya
dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia
Untuk lebih
memahami sila lihat video mengenai Islam di Benua Amerika pada pautan
di bawah; Muslims In American History : A Forgotten Legacy;
http://www.youtube.com/embed/HCbLcVTex1c